my story.....

Sunday 11 March 2012

20 Perkara Yang Berubah Selepas Anda Mempunyai Anak!



Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan? 
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku. 


  1. Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar. 
  2. Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! 
  3. Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!! 
  4. Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru. 
  5. Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit.. 
  6. Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-) 
  7. Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak. 
  8. Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri. 
  9. Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo! 
  10. Kita akan lebih menghargai diri kita. 
  11. Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja. 
  12. Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis. 
  13. Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh. 
  14. Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya. 
  15. Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka. 
  16. Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat! 
  17. Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak! 
  18. Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak. 
  19. Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing. 
  20. Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!

2 comments:

  1. no 11 tu betul2x kena dengan kami laa... haaa3x...

    *p/s:
    Mengenai Altenator yang rosak tu .....

    alamak... jauhnya bengkel tu yee.. kalau 42 Km rasanya tak sempat sampai.... biasanya kalau bateri baru dengan full cas utk keadaan :-

    1) Altenator rosak habis (lampu bateri menyala terus ): boleh jalan 5-10km aje...

    2) Altenator masih ada penghasilan cas elektrik tapi tak kuat dan keadaan ini biasanya lampu bateri tidak menyala (boleh cek guna multimeter ketika enjin hidup pada RPM 3000) : yang ini mungkin boleh jauh sedikit sehingga 10km ke 30km dengan syarat kena :-
    1) offkan aircond
    2) offkan radio
    3)offkan Lampu
    4) dan semua peranti (alatan) yang menggunakan sumber elektrik...

    Betul2 start utk jalan sahaja.... Jadi dengan sedikit panduan cikgu Faries bolehlah pertimbangkan dengan cara sewajarnya...

    ReplyDelete
  2. dah try dah tadi...berjaya sampai..hehehe...drive dgn lampu isyarat bateri tu x padam2...:)

    ReplyDelete