my story.....

Tuesday 1 May 2012

Bagaimana mengisi E-Filing?

Bismillah....

Ramai kawan-kawan yang bertanya bagaimana mengisi E-Filing Lembaga Hasil Dalam Negeri atau dalam bahasa mudahnya ialah borang cukai. Berdasarkan pengalaman saya, di sini saya terangkan secara ringkas bagaimana untuk mengisi borang tersebut bermula dari pendaftaran secara atas talian (online) tanpa pergi ke Pejabat LHDN.

1. Daftar untuk mendapatkan no. cukai dan no. pin di  http://edaftar.hasil.gov.my/dafsgjpn.php

2. Selepas mengisi segala maklumat yang dikehendaki, pilih sama ada:

 Saya Ingin Muat Naik Dokumen Pengenalan Diri / Dokumen Daftar Perniagaan
 ATAU
 Saya Ingin Menghantar Dokumen Pengenalan Diri / Dokumen Daftar Perniagaan Secara Faks Atau E-mel

    bagi saya, adalah mudah untuk memuat naik sahaja Dokumen Pengenalan diri berbanding menghantar
    secara faks atau emel. Dengan syarat, saiz fail dokumen pengenalan itu (selalunya IC) mesti kurang
    daripada 60kb dan mesti dalam format *.gif. Anda diberi masa selama 14 hari untuk memuat
    naik/menghantar dokumen itu. Dalam masa yang sama, anda akan diberi no. permohonan dan no.  
    cukai (selalunya bermula dengan huruf SG). Simpan no. permohonan dan no. cukai tersebut.

3. Setelah selesai memuat naik/menghantar dokumen pengenalan, anda mesti tunggu 2-3 hari (jika tidak
    silap) untuk permohonan anda diproses.

4. Untuk menyemak permohonan, pergi ke http://edaftar.hasil.gov.my/info.php , masukkan no.
    permohonan. Jika permohonan anda berjaya, anda akan diberi no. pin.

5. Setelah anda mempunyai no. pin, anda sekarang boleh "Login Kali Pertama" di   
    
    Masukkan no. pin dan no. rujukan (No. Kad Pengenalan)

6. Setelah itu masukkan kata laluan anda.

7. Setelah selesai, login ke e-BE (jika tiada punca perniagaan) atau e-B (jika ada punca perniagaan).

8. Isikan segala maklumat yang dikehendaki. Jika anda adalah penjawat awam, adalah lebih baik anda 
    memuat turun Penyata Gaji Tahunan bagi tahun sebelumnya di  http://www.anm.gov.my/  terlebih
    dahulu kerana di dalam Penyata Gaji Tahunan tu, terdapat no. majikan, Pendapatan Penggajian,
    Potongan KWSP (jika ada) dan maklumat-maklumat lain.

Setelah setelah mengisi borang tersebut, maka selesailah tanggungjawab anda untuk tahun ini. :)

p/s: zakat bagaimana? sudah bayar atau belum? :)

Diharap dengan penerangan ini, sedikit sebanyak dapat membantu kawan-kawan untuk mengisi e-Filing.

Sekian.

Penafian: Saya tidak bertanggungjawab di atas kesilapan yang berlaku semasa anda mengisi e-Filing, dan tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari penulisan ini. Tulisan di atas adalah sekadar penerangan berdasarkan pengalaman sahaja.